«

»

Apr 11

Print this Post

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Maktab Mahmud 2013

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT ZON MAKTAB MAHMUD TAHUN 2013 / 1434

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bertarikh 9 April 2013 bersamaan dengan 28 Jamadilawwal 1434 -

Unit Ko-Kurikulum, Bahagian Akademik Lembaga Maktab Mahmud telah menganjurkan Pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Zon Maktab Mahmud Negeri Kedah bagi tahun 2013/1434. Pihak pengurusan Akademik Lembaga Maktab Mahmud telah bersetuju untuk memberi penghormatan kepada Maktab Mahmud Kuala Muda  sebagai tuan rumah bagi pertandingan tersebut. Pertandingan ini telah disertai oleh kesemua Maktab Mahmud seluruh daerah . Setiap Maktab Mahmud masing-masing menghantar dua wakil peserta untuk menyertai pertandingan tersebut iaitu seorang Qari dan seorang Qariah.

Menurut konklusi yang dinyatakan oleh pengerusi jemaah hakim, secara umumnya kualiti pembacaan peserta pada tahun ini menunjukkan satu peningkatan yang memberangsangkan berbanding tahun-tahun terdahulu.Perjalanan pertandingan berjalan dengan lancar dan teratur.

Majlis Tilawah Al-Quran Maktab Mahmud tahun ini telah disempurnakan majlis perasmian penutupnya oleh Yg Bhg. Tuan Pengetua Maktab Mahmud Kuala Muda, Ustaz Shauki Bik Bin Mohd  Kasim.

Pihak pengurusan Akademik Lembaga Maktab Mahmud mengucapkan  tahniah kepada peserta-peserta yang menyertai pertandingan tilawah kali ini. Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Fawwaz Hamdi Bin Mohd Imran dari MMAS  dan  dan Siti Fatimah Binti Abd Halim juga dari MMAS yang telah berjaya menyandang gelaran johan Qari dan Qariah dalam pertandingan tersebut sekaligus bakal mewakili Zon Maktab Mahmud ke Pertandingan Tilawah Al-Quran Sekolah-Sekolah Agama Peringkat Negeri Kedah Tahun 2013. Pihak Pengurusan Akademik  LMM juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada kesemua warga Maktab Mahmud Negeri Kedah khususnya kepada Warga Maktab Mahmud Kuala Muda kerana sanggup bersusah payah memastikan pertandingan ini berjalan dengan lancar dan teratur. Syabas diucapkan.

Berikut merupakan keputusan Pertandingan Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Zon Maktab Mahmud Tahun 2013/1434.

 

Johan Qari                          : Fawwaz Hamdi Bin Mohd Imran (MMAS)

Naib Johan Qari                : Muhammad Amar Mukhlis Bin Abd Mohsin (MMPS)

Ketiga Qari                          : Muhammad Aizad Bin Mohd Zahir (MMKM)

 

 

Johan Qariah           : Siti Fatimah Binti Abd Halim (MMAS)

Naib Johan Qariah : Raudhatul Hafzan Binti Romli (MMPT)

Ketiga Qariah          : Nurzafirah Diana Binti Zainuddin (MMPG)

 

Sekitar Suasana Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Maktab Mahmud 2013

 

 

 

Permanent link to this article: http://www.lmm.gov.my/?p=1048