«

»

Print this Post

SYARAT KEMASUKAN PELAJAR TING 1 TAHUN 2013

KEMASUKAN PELAJAR TINGKATAN 1 SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2013

MAKTAB MAHMUD NEGERI KEDAH DARUL AMAN

 

PELAJAR-PELAJAR TAHUN 6/2012 SEKOLAH KEBANGSAAN ADALAH DIPELAWA MEMOHON

KE TINGKATAN 1 MAKTAB MAHMUD NEGERI KEDAH DARUL AMAN BAGI SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2013

 

1.  SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

1.1   Warganegara Malaysia dan dilahirkan tahun  2000.

1.2   Lulus Ujian Bertulis Maktab Mahmud.

1.3   Lulus Ujian Tilawah Al Quran.

1.4   Lulus Peperiksaan UPSR sebenar berdasarkan syarat berikut : Lulus minimum  4A 1B  untuk Maktab

Mahmud Alor Setar   dan  minimum 2A untuk lain-lain  Maktab Mahmud Daerah.

1.5   Lulus semua mata pelajaran UPSR.

 

2.  SYARAT-SYARAT MENGEMUKAKAN PERMOHONAN

 

2.1   Permohonan hendaklah menggunakan keputusan Percubaan UPSR 2012.

2.2   Lulus minimum Peperiksaan Percubaan  UPSR 2012 seperti para 1.4 dan 1.5.

2.3   Permohonan bagi memasuki  Maktab Mahmud Negeri Kedah adalah secara online di website

www.maktabmahmud.edu.my  mulai 11.9.2012 hingga 25.9.2012.

2.4   ID Pengguna boleh dibeli dengan harga RM 10.00 di semua Maktab Mahmud Negeri Kedah mulai

11.9.2012 hingga 20.9.2012 dengan membawa bersama slip keputusan Percubaan UPSR 2012.

2.5   Borang permohonan hendaklah diisi secara online dan dicetak sebanyak 2 salinan.

 

3.   PENYERAHAN BORANG PERMOHONAN

      3.1  Borang permohonan yang lengkap (2 salinan) hendaklah diserahkan ke Maktab Mahmud (tempat pembelian ID

Pengguna )  sebelum atau pada 25.9.2012.

3.2  Surat panggilan Ujian Kelayakan akan diberi kepada pemohon yang telah menyerahkan borang permohonan

pada tarikh yang telah ditetapkan.

3.3  Calon yang tidak membawa Surat Panggilan Ujian Kelayakan Maktab Mahmud, tidak dibenarkan

menduduki  peperiksaan.

3.4  Tarikh Ujian kelayakan Maktab Mahmud ialah pada 17.11.2012 (Sabtu) pada pukul 8.30 pagi.

 

4.   PENYERAHAN SALINAN KEPUTUSAN UPSR 2012

 

4.1  Salinan Keputusan Peperiksaan UPSR 2012 sebenar hendaklah diserahkan  ke Maktab Mahmud

(Pusat menduduki ujian )  pada hari Peperiksaan dijalankan.

4.2  Keputusan sebenar UPSR akan menentukan kelayakan tempat. Sekiranya calon  gagal

menyerahkan keputusan UPSR sebenar pada tarikh yang ditetapkan, permohonan tersebut tidak akan

diproses.

4.3  Permohonan yang tidak memenuhi syarat-syarat yang  ditetapkan tidak akan dipertimbangkan .

 

5.   KEPUTUSAN AKAN DIUMUMKAN PADA 14.12.2012 KEPADA CALON YANG BERJAYA.

      SEMAKAN  BOLEH DIBUAT DENGAN MELAYARI LAMAN WEB  www.maktabmahmud.edu.my

 

6.   PENEMPATAN

 

6.1   Keutamaan diberikan kepada calon yang cemerlang dalam ujian bertulis,ujian tilawah peringkat Maktab Mahmud serta UPSR.

6.2   Penempatan adalah berdasarkan sekolah pilihan calon.

6.3   Bagi calon yang tersenarai sebagai calon yang berjaya, sila rujuk  ke sekolah berkenaan untuk mendapatkan

maklumat lanjut.

 

 

* Download dalam bentuk PDF

Sila Klik Disini :-

Syarat-syarat Kemasukan Pelajar Tingkatan 1 Tahun Sesi Persekolah 2013 Maktab Mahmud Negeri Kedah

 

About the author

admin

Permanent link to this article: http://www.lmm.gov.my/?p=809

malaysiakedahjpa  mdec-icon mschrmismampu1

| Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Bantuan | Peta Laman | Soalan Lazim |

Menu Title