↑ Return to Profil

Print this Page

Perutusan

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pengunjung-pengunjung laman web.Terima kasih kerana anda melayari laman web kami ini. Laman Web Lembaga Maktab Mahmud ini merupakan satu daya usaha dan komitmen semua pegawai dan kakitangan jabatan ini dalam usaha merealisasikan matlamat kerajaan elektronik di dalam semua jabatan kerajaan.

 

Penggunaan ICT adalah sebagai enabler dalam meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan akan terus dipertingkatkan lagi. Tumpuan adalah untuk memastikan perkhidmatan diberikan dengan pantas, menjimatkan kos, secara bersepadu dan memenuhi kehendak kumpulan sasar.

 

Laman ini juga merupakan salah satu usaha jabatan dalam menyediakan saluran capaian maklumat terkini berkaitan akademik dan pentadbiran Lembaga Maktab Mahmud. Saya berharap laman ini mampu berperanan sebagai penyebar maklumat yang berkesan untuk semua pengguna. Akhir kata saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pegawai dan kakitangan jabatan yang komited dengan tugas dan tanggungjawab masing-masing dalam merealisasikan matlamat jabatan untuk menjadikan Maktab Mahmud sebagai sebuah Institiusi Pendidikan Menengah Berteraskan Islam Yang Unggul Di Malaysia.

 

Sekian,Terima Kasih.

 

Setiausaha Lembaga Maktab Mahmud

Tuan Haji Abdullah Bin Hashim, AMK.,BCK. 

 

Permanent link to this article: http://www.lmm.gov.my/?page_id=124