↑ Return to Sejarah

Print this Page

Penubuhan Maktab Mahmud

  • Al-Maahad Al-Mahmud ditubuhkan pada hari Jumaat, 29 Rabiul Awal 1355 bersamaan 19 Jun 1936.

  • Di beri nama Al-Maahad Al-Mahmud adalah bersempena Duli Yang Maha Mulia Tunku Mahmud Ibni Al-Marhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarramul Shah.
  • Objektif penubuhannya adalah bagi memenuhi kehendak dan tuntutan terhadap Agama Islam dan melahirkan generasi terpelajar dalam bidang pengajian Islam.
  • Maktab Mahmud mengamalkan dua sukatan kurikulum pendidikan iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kurikulum Agama.
  • Sejarah penubuhannya pada tahun 1936 sehingga tahun 1998 terdapat hanya sebuah Maktab Mahmud Negeri Kedah Darul Aman iaitu Maktab Mahmud Alor Star.
  • Pada tahun 2004, 9 buah Sekolah Agama Rakyat telah diambil alih untuk dijadikan Maktab Mahmud Daerah.
  • Menjadikan jumlah keseluruhannya 12 buah Maktab Mahmud daerah iaitu Alor Star, Yan, Langkawi, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Merbok, Kuala Muda, Sik, Baling, Bandar Baharu dan Kulim.
  • Pada tahun 1967, Maktab Mahmud telah diambil alih oleh Kerajaan Negeri Kedah melalui Enakmen Lembaga Maktab Mahmud Bil. 5 Tahun 1967.
  • Melalui Enakmen ini, pentadbiran Maktab Mahmud adalah diletakkan di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri dan diuruskan oleh Lembaga Maktab Mahmud (Lembaga).
  • Keanggotaan Lembaga adalah terdiri daripada seorang Pengerusi, 10 orang ahli yang dilantik oleh Kerajaan Negeri atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah.
  • Bidang kuasa Lembaga meliputi perkara pentadbiran, perkhidmatan, kewangan, dan pengurusan pendidikan.
  • Lembaga berkuasa membuat dasar, merancang pembangunan dan membuat keputusan berkaitan hal pentadbiran dan perkhidmatan, pengurusan kewangan, pembangunan dan pengurusan pendidikan Maktab Mahmud.

 

Permanent link to this article: http://www.lmm.gov.my/?page_id=24